Jelajah BossShukex HALO Prihatin

Dari masa ke semasa, Jelajah Boss Shukex terus ke setiap pelusuk di seluruh negara. Tanpa mengenal penat lelah, program kembara begini diteruskan, demi menyempurnakan misi dan visi organisasi. Dengan situasi ekonomi yang menekan begini, pasti ramai yang memerlukan bantuan. Adik-adik kecil mungkin memerlukan pertolongan untuk terus berpeluang dalam pendidikan.

Pasti ada remaja yang memerlukan motivasi untuk terus bersemangat menimba ilmu di kolej dan universiti. Ada juga anak-anak muda yang mahu bangkit membangunkan ekonomi. Tidak dilupakan, abang kakak, pakcik makcik yang sedang berusaha sehabis upaya untuk mencari rezeki tambahan untuk keluarga.

Ayuh kita sama-sama bantu mereka semua.

      

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *