
Tentang Kami
PROGRAM
Terokai usaha yang dijalankan bagi membantu kebangkitan ekonomi dan semangat komuniti
BANTUAN
Ketahui jenis-jenis bantuan yang ditawarkan oleh pasukan BossShukex kepada masyarakat.
Memegang konsep ‘Rezeki Untuk Dikongsi’, pasukan BossShukex menjelajah ke seluruh pelusuk negara, bertemu dengan rakan-rakan niaga HALOTelco dan masyarakat umum dengan niat membina semangat dan katalis kebangkitan motivasi. Solusi yang ditawarkan adalah berbentuk one-off, namun boleh menjana ekonomi berulang untuk mereka yang menerima. BossShukex berusaha menjadi penghubung yang diperlukan untuk meningkatkan taraf ekonomi semua golongan masyarakat agar kita semua dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Buat semua pengguna , team BossShukex berharap agar anda semua kekal melanggan simkad HALOTelco. Ini secara tidak langsung akan meneruskan usaha berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Bagi yang belum merasai kehebatan simkad Tanpa Had HALOTelco, boleh segera menghubungi rakan-rakan niaga kami di seluruh negara.
Dalam rezeki kita, terselit rezeki orang lain juga. Sesungguhnya BossShukex hanyalah barisan hadapan yang menyampaikan ‘cenderahati’ dari anda semua, kepada mereka yang berkeperluan. Doakan agar team ini akan terus istiqomah membekalkan ‘joran’ ketika ramai diluar sana memerlukan ‘ikan’.




Visi Kami
Menjadi pemangkin keupayaan keusahawanan generasi baharu. Memperkasa rakan-rakan niaga keseluruhan dengan etika, ilmu, bimbingan, daya saing
Misi Kami
Memupuk dan membina budaya berkongsi rezeki dalam apa jua bidang keusahawanan. Membentuk semangat, motivasi dan keupayaan berniaga dalam setiap rakyat Malaysia
PROGRAM KAMI
Saksikan video highlights untuk program-program yang dijalankan oleh Boss Shukex. Kami akan berusaha untuk terus menyampaikan perkongsian rezeki anda semua, in syaa Allah. Terus kekal menggunakan simkad Tanpa Had HALO Telco dan teruslah berkongsi rezeki.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud : “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)










Mengambil inspirasi daripada amalan Khidmat Sosial Koporat (CSR) yang dijalankan oleh syarikat-syarikat ternama dunia, HALOTelco memperkenalkan jenama BossShukex.
Program yang dijalankan dibawah jenama ini terus merangka, membangunkan dan melaksanakan pelan-pelan keusahawanan sosial yang diperluaskan menerusi semua rangkaian HALO ConceptStore, HALO MiniStore, HALO EasyGo, HALO SuperPartner dan HALO Club dan HALO Executive Partner di seluruh negara.
Kolaborasi
Aktiviti dan program yang dijalankan secara bersama, dengan jabatan, agensi atau organisasi luar
- MOF
- Azdan Quranic Centre
- Rumah Jalinan Kasih
- Amboi
- Smart Infaq
Stand-Alone
Aktiviti dan program yang dijalankan sendiri, mengunakan sumber dalaman ekosistem HALOTelco, HALO Prihatin dan BossShukex.
- Belanja Sekampung
- Berbuka Puasa Bersama
- Program Jana Ekonomi
Aktiviti
Cabangan aktiviti yang menjadi asas program ‘Rezeki Untuk Dikongsi’ oleh Boss Shukex
Food Bank
Salah satu inisiatif yang dimulakan oleh HALO Prihatin. Rak-rak HALO Prihatin FoodBank yang diletakkan di semua HALO ConceptStore dan HALO MiniStore adalah untuk mengupayakan makanan, minuman dan keperluan asas untuk golongan kurang berkemampuan. Kini usaha ini diteruskan dibawah program BossShukex ™
Rumah Prihatin
Siapa sangka para pengguna HALOTelco juga turut memiliki ‘saham’ menerusi infaq bulanan yang disalurkan kepada Rumah HALOPrihatin? Dengan perkongsian anda semua, penghuni rumah anak-anak yatim yang diuruskan oleh Jalinan Kasih ini, dapat terus menikmati kehidupan yang lebih ceria, lebih baik dan lebih bermakna.
Program Jana Ekonomi

Disebalik setiap rezeki yang kita terima, ada rezeki makhluk lain.
Shukex Rahim
Perlukan Bantuan?
Atau ada sebarang cadangan?
Sila isi form ini. Team Boss Shukex akan hubungi anda dengan segera. Anda boleh juga isi bagi pihak yang memerlukan bantuan.
Disclaimer: Kami cuba sebaik mungkin untuk meneliti semua permohonan.